My Account|View Cart|Checkout

Would you like to sign in? | Subscribe to us!

Safe Shopping StatementClick here to find out all our payment options
 
Featured Fashion Store on Malaysia Online StoreMalaysia Online Shopping Directory and GuideMalaysia's Online Fashion Shopping Directory

Latar Belakang Bintang Fashion

Pasti anda biasa melihat butik pakaian tempatan yang memang tidak asing di kalangan masyarakat Malaysia khususnya bangsa Melayu iaitu Bintang Fashion. Butik yang lengkap dengan pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak ini menyediakan fesyen rekaan terkini dengan harga yang berpatutan dan berkualiti tinggi.

Kumpulan syarikat b Legend telah ditubuhkan pada tahun 1989. Sehingga ke hari ini, terdapat 70 cawangan di seluruh Malaysia dengan nama Bintang Fashion, Butik b Legend dan b Warehouse. Sasaran utama syarikat ini adalah untuk menjadi salah satu jenama pakaian tempatan yang terkenal khususnya di kalangan masyarakat Melayu. Kini butik Bintang Fashion terdapat di kebanyakan pasaraya besar seperti Tesco, Giant, dan Carrefour dan juga di pusat membeli belah terpilih seperti The Mines Shopping Center, Jusco, Tesco, Econsave dan sebagainya.

Sesuai dengan falsafah perniagaan kami KUALITI, JIMAT DAN CANTIK, semua pakaian yang terdapat di butik ini sememangnya mempunyai kualiti dan rekaan tersendiri. Sungguhpun begitu, harga yang ditawarkan amatlah berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan masyarakat. Rahsia Bintang Fashion mampu bertahan sehingga ke hari ini adalah kerana kami mempunyai kumpulan tenaga kerja di negara berkos rendah iaitu China dan mendapatkan bahan mentah sehingga terhasilnya semua produk kami. Kos-kos lain yang terlibat secara langsung juga dapat diminimakan dengan adanya pereka fesyen kami sendiri juga dengan memasarkan produk terus kepada BintangFashion.com dan semua cawangan kami tanpa kehadiran orang tengah.

Jika dibuat perbandingan antara produk antarabangsa atau produk berjenama dengan produk Bintang Fashion secara keseluruhannya, terdapat persamaan malahan sesetengah daripada produk kami lebih bermutu dan berkualiti. Kebanyakan produk yang berjenama menjual produk mereka atas dasar materialistik. Dengan alasan tersebut, produk-produk berjenama ini dijual pada harga yang tinggi dan kadangkala mereka alpa dengan mutu dan kualiti produk mereka sendiri. Bagi menyahut seruan kerajaan tentang kempen 'Pengguna Bijak', pihak Bintang Fashion berharap agar pengguna dapat membuat pilihan yang tepat dan bijak dengan membuat perbandingan harga dan kualiti sesuatu produk sebelum membeli.

Bintang Fashion kini melangkah setapak lagi dengan membuka kedai konsep dibawah satu bumbung yang akan menyediakan semua kelengkapan rangkaian fesyen seperti beg tangan, kasut, aksesori dan sebagainya. Sebagai permulaan, kedai konsep yang pertama telah dibuka pada 22 Ogos 2009 di Aeon Jusco Prai. Bintang Fashion juga akan mengorak langkah ke arena antarabangsa dengan merancang untuk membuka Pusat Pemborong Tekstil di China dan memasarkan di Negara Eropah dengan rangkaian produk yang pelbagai termasuk pakaian musim sejuk.

Sebagai rakyat Malaysia, sama-samalah kita menyokong produk buatan negara kita untuk manfaat kita bersama.